APAKAH PROSES SOURCING ? DAN KENAPA PERLU ADA CAJ UPAH ?

Kepada ahli yang mencari dan berurusan dengan banyak pembekal, kami pasti anda sudah arif dalam proses seperti :
1. Carian untuk beberapa pembekal untuk satu jenis barang bagi mendapatkan harga terbaik

2. Saring pembekal dengan chat dan menyemak review produk di halaman produk

3. Chat dengan pembekal dalam bahasa Mandarin untuk mengenal pasti produk menepati spesifikasi keperluan anda.

4. Mendapatkan contoh mockup gambar dari pembekal untuk produk OEM dan jenama sendiri.

5. Mengetahui tempoh masa pembekal perlukan untuk hantar barang anda ke gudang.

6. Mengetahui saiz pembungkusan kotak barangan anda untuk anda menganggarkan kos penghantaran paling jimat melalui udara dan laut.

7. Memastikan produk adalah berdasarkan gambar yang di iklankan.

Proses ini dipanggil “sourcing” dan memakan masa, disebabkan itu setiap agent sourcing termasuk Hijrah Trading Sdn Bhd perlu menambah cas RM 50 untuk setiap produk yang anda ingin kami “sourcing”. Kami lebih menggalakkan ahli untuk “sourcing” sendiri dan bina hubungan dengan bakal pembekal anda untuk lebih jimat harga kos produk.

TERIMA BARANG TIDAK CUKUP

PERINGATAN : Anda perlu memohon untuk melakukan “QC” supaya barangan anda dikira dan disemak di gudang China sebelum proses penghantaran ke Malaysia.

PERKARA PENTING: Jika anda menerima item tidak mencukupi. langkah berikut perlu diambil :

1) Ambil gambar (luar) sejurus selepas anda menerima parcel anda.
2) Ambil gambar (Item dalam) sejurus selepas anda menerima parcel anda.
3) Jika terlihat bungkusan anda ada kesan torehan, sila simpan bungkusan / kotak tersebut sehingga siasatan selesai.
4) Jika didapati bungkusan anda mencurigakan, rosak teruk sila jangan terima bungkusan tersebut.

Soalan : Bagaimana jika saya tak mohon untuk “QC”?
Jawapan : Jika anda tidak memohon untuk “QC” andad perlu berhubung dengan seller untuk bertanya. dan Hijrah Trading tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan anda.

Soalan : Kalau saya masih terima barang tak cukup selepas ‘QC” macam mana?
Jawapan : Anda perlu melaporkan kepada Admin hijrah dalam masa tidak lebih 24jam. Pihak Hijrah akan membuat siasatan dan akan memberi gantirugi di atas nilai barangan tersebut.

Soalan : Jika saya lapor selepas 24jam?
Jawapan : Sebarang laporan selepas 24jam tidak akan dilayan.

Soalan : Sebab-sebab barang tak cukup?
Jawapan :
1) Seller hantar kurang (Sering terjadi)
2) Kastam Clearance (Jarang terjadi)
3) Kecuaian lokal courier (Sering terjadi)